MAKLUMAN PENUTUPAN CAPAIAN KEPADA APLIKASI eBIZ JUPEM DAN INTEGRASI SISTEM YANG BERKAITAN
Dimaklumkan bahawa capaian kepada aplikasi eBiz serta sistem-sistem lain yang berintegrasi dengannya akan ditutup mulai 09 Mei 2025 (Jumaat), jam 6.00 petang hingga 11 Mei 2025 (Ahad), sehingga selesai. Ini adalah disebabkan oleh aktiviti penyelenggaraan berkala server - server di Pusat Data Utama JUPEM. Penutupan ini juga turut melibatkan operasi di Kaunter Jualan Peta dan Khidmat Pelanggan JUPEM di semua cawangan.
Sekian, terima kasih.