Sistem eBiz - Mudah Tepat Cepat

JUPEM GeoPortal

Geoportal membolehkan semua permohonan untuk maklumat geospatial dan perkhidmatan JUPEM diproses melalui tetingkap akses tunggal yang menyediakan pusat-belian dan perkhidmatan tempahan.

Maklumat Geospatial ialah informasi atau data yang dirujuk secara spatial ke atas permukaan bumi. Rujukan ini sama ada boleh dilakukan secara terus, contohnya latitud/longitud dan Grid Kebangsaan, atau secara tidak langsung, seperti alamat atau kawasan pentadbiran.

Dengan GeoPortal anda boleh melakukan pembelian dan juga permohonan atas talian tanpa perlu pergi ke kaunter bagi mendapatkan borang dan produk. Bagi pengguna biasa, anda boleh menaiktaraf kepada Pengguna Utama bagi membolehkan anda untuk menikmati perkhidmatan dimana anda boleh membuat pembayaran atas talian dengan menggunakan prabayar dan muat turun data digital dengan serta merta melalui geoportal.

Perkhidmatan JUPEM

Perkhidmatan yang terdapat di JUPEM.
Perkhidmatan Dalam Talian Permohonan yang perlu dilakukan sebelum mendapatkan data terhad.
Perkhidmatan Geodetik Perkhidmatan Geodetik yang disediakan dalam Sistem eBiz.
; ; ;