Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa pengunjung melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel. Maklumat ini mungkin akan digunakan oleh jabatan/agensi awam lain untuk membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan pertanyaan atau aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi ini bolehlah menghubungi kami melalui webmaster@
jupem.gov.my.
Sekiranya dasar ini dipinda, pindaan akan dikemaskini di halaman ini.
Kami amat mengalu-alukan maklum balas dari pengunjung.
Sumbangan dan penyebaran maklumat yang dilarang dan bahan-bahan negatif yang bertentangan dengan dasar-dasar Negara adalah dilarang.
Menyebarkan maklumat yang bersifat negatif atau apa-apa yang boleh menjejaskan reputasi Jabatan dan Perkhidmatan Awam adalah dilarang.
Semua maklumat yang hendak dimuatkan ke dalam laman web JUPEM Geoportal mestilah mendapat kelulusan Ketua Jabatan/Bahagian.
Sebarang perbuatan menceroboh dan percubaan untuk menggodam laman web JUPEM Geoportal adalah dilarang.
Atlas merupakan suatu kompilasi peta yang
menunjukkan data spatial sesebuah negara yang komprehensif dan sesuai untuk
menjadi rujukan dalam bidang pendidikan, perancangan, kajian saintifik dan
pelancongan. Maklumat yang dipaparkan tidak terhad kepada maklumat geografi dan
infrastruktur sahaja malah mencakupi alam sekitar, konflik sosial dan
sebagainya.
Atlas Kebangsaan Malaysia mengandungi sepuluh
(10) tema utama yang terdiri daripada Pengenalan, Sejarah, Sempadan, Iklim,
Fizikal, Sumber Asli, Guna Tanah, Infrastruktur dan Kemudahan Awam,
Sosioekonomi serta Pelancongan. Atlas Kebangsaan Malaysia terdiri daripada 260
muka surat serta mengandungi 10 tema dan 56 sub-tema.
Atlas Kebangsaan Malaysia yang diterbitkan
dalam bentuk cetak dan digital memaparkan peta-peta yang menarik, teks, foto
dan maklumat statistik bagi tema Pengenalan, Sejarah, Sempadan, Iklim, Fizikal,
Sumber Asli, Guna Tanah, Sosioekonomi, Pelancongan dan Infrastruktur.
Atlas Kebangsaan Malaysia memaparkan koleksi
peta-peta tematik pilihan, teks, foto dan maklumat statistik yang disusun
secara infografik dan kontemporari yang menjadikan buku ini lebih menarik
dengan tujuan meningkatkan minat masyarakat untuk menghayati dan menghargai
setiap aspek peta.
Atlas Kebangsaan Malaysia boleh
juga dijadikan bahan bacaan bagi pelajar-pelajar sekolah terutamanya sekolah
rendah dan menengah rendah. Disamping itu juga, maklumat yang dipaparkan dan
teknik penyediaannya boleh menarik minat pelajar-pelajar berkenaan untuk
mendalami bidang geospatial dan kartografi.