Stesen Tanda Aras






Tanda aras merupakan salah satu produk JUPEM yang memberi nilai ketinggian sesuatu titik di atas permukaan bumi relatif kepada Land Survey Datum (LSD) 1912 ataupun Datum Tegak Geodesi Semenanjung Malaysia (DTGSM). Ia adalah digunakan menyokong pelbagai aktiviti dalam bidang geodetik, pemetaan, ukur kejuruteraan, saintifik dan lain-lain kajian. Ketinggian sesuatu Tanda Aras ditentukan dengan dua kaedah pengukuran aras iaitu Ukuran Aras Jitu dan Ukuran Aras Kelas Kedua dengan tikaian masing-masing 0.003vK meter dan 0.012vK meter.