Stesen GPS







Stesen-stesen Kawalan GPS adalah tanda-tanda yang diwujudkan untuk membentuk jaringan kawalan yang dihubungkan kepada Rangka Rujukan Kebangsaan GDM2000 dengan menggunakan pengukuran GPS. Tanda-tanda ini telah dipilih untuk digunakan sebagai kawalan bagi pengukuran kadaster, pemetaan, aplikasi tentera, kajian saintifik dan lain-lain lagi.