Pelan Akui







Pelan Akui disediakan mengikut format yang telah ditetapkan oleh Jabatan. Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan lot dalam pelbagai skala yang disusun mengikut nombor Pelan Akui. Maklumat berkaitan lot seperti lokasi, nombor lot, keluasan lot, bearing, jarak sempadan dan koordinat pepenjuru juga dipaparkan. Format Pelan Akui berdigit boleh diperolehi dalam format TIFF.