Peta Elektronik (EMAP)



image

! PERHATIAN : PRODUK PRODUK INI DIKELUARKAN SEMENTARA WAKTU BAGI TUJUAN PENAMBAHBAIKAN. IA AKAN DIAKTIFKAN SEMULA UNTUK PEMBELIAN KEMUDIAN.

Peta Elektronik atau eMap merupakan peta digital yang berkonsepkan ‘cartography multimedia’ dan ‘plug and play’ yang dapat memaparkan maklumat spatial dan multimedia secara dinamik dan interaktif melalui media cakera padat (Edisi 1) dan flash drive (Edisi 2).

Terdapat tiga (3) jenis peta yang dipaparkan dalam Peta Elektronik iaitu Peta Negeri, Peta Daerah dan Peta Bandar. Peta Negeri dan Daerah dihasilkan menggunakan skala 1:25,000 manakala Peta Bandar dihasilkan menggunakan skala 1:10,000. Maklumat yang terdapat dalam Peta Elektronik dipersembahkan dalam bentuk grafik, virtual reality, teks, video dan audio.

Peta Elektronik sesuai digunakan bagi urusan pentadbiran sesebuah negeri dan juga pelancongan. Ini adalah kerana sempadan daerah, mukim, bandar serta butiran topografi ditunjukkan dengan jelas dalam peta yang disediakan. Manakala bagi tujuan pelancongan, lokasi dan informasi tempat-tempat menarik (VR) yang terdapat dalam sesebuah negeri dipersembahkan dalam bentuk grafik yang menarik supaya ia dapat menarik minat pelancong untuk melawat ke lokasi tersebut.

Unjuran – Peta Elektronik telah disusun di atas Unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati Sferoid GRS 80


No. Negeri Tahun Diterbitkan Skala Tambah Ke Troli