Perkhidmatan Geodetik


Transformasi Koordinat
Keterangan
Transfomasi koordinat adalah merupakan satu proses penukaran sistem koordinat atau datum dari satu sistem rujukan ke satu sistem rujukan yang lain. JUPEM telah menghasilkan beberapa set parameter transformasi bagi menghubungkaitkan semua sistem koordinat yang terdapat di Malaysia.
Hitungan Ketinggian Geoid
Keterangan
Model Geoid Malaysia iaitu MyGEOID mengandungi dua model asas iaitu WMGEOID04 di Semenanjung Malaysia dan EMGEOID05 di Sabah dan Sarawak. Model geoid ini dihasilkan daripada gabungan data geoid gravimetri dan ketinggian ellipsoid GPS di atas tanda aras (Bench Marks). Oleh itu, nilai-nilai ini boleh digunakan dengan ukuran GPS untuk mendapatkan ketinggian atas aras purata laut (ketinggian aras) secara terus tanpa memerlukan sebarang pertukaran atau transformasi.
Rinex Data
Keterangan
Perkhidmatan ini membolehkan anda untuk memperolehi blok tertentu bagi data Sistem Penentududukan Global (GPS) untuk stesen rujukan yang terkandung didalam rangkaian. Data GPS akan berada didalam format "Pertukaran bebas penerima" (RINEX). Data tersebut akan dihantar melalui email ke alamat email pengguna.
Virtual Rinex Data
Keterangan
Station RINEX data hanya boleh menjana data lima(5) bulan yang lepas dari tarikh hari ini. Data berkenaan akan dihantar melalui email pengguna.